SALAM MAAL HIJRAH 1444H/2022 - AWAL MUHARAM | 1 Muharram 1444H (Awal Muharram) akan jatuh pada tarikh 30 Julai 2022 iaitu Hari Sabtu.
Ianya adalah merupakan tarikh cuti umum buat rakyat Malaysia. Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.
Peristiwa
bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun
Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan
kiraan bagi kalendar Hijrah.
Dan tema
untuk Maal Hijrah tahun 1444H adalah 'Manhaj Rabbani,
Ummah Berkualiti'..
Berdasarkan
kalendar Islam, pertukaran tarikh hijri (hijrah) bermula selepas masuknya waktu
Maghrib
Semoga kita semua berhijrah ke arah kebaikan, penuh keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dan Nabi junjungan kita Rasulullah S.A.W. Juga kecintaan kita kepada Allah SWT Dan Rasulullah SAW agar dapat di perkukuhkan.
Untuk
itu, mari kita pastikan diri kita tidak terlepas daripada melakukan hijrah.
Marilah kita berazam dan berusaha meninggalkan segala perbuatan yang dilarang
oleh Allah serta melazimi perkara yang disuruh oleh Islam.
0 comments:
Post a Comment