Tuesday, May 9, 2023

FIZIK KUANTUM - Spektrum Atom

 Spektrum Atom adalah corak garisan yang dihasilkan apabila sinar elektromagnetik dilewatkan melalui atom. Setiap elemen mempunyai corak spektrum yang unik dan boleh digunakan untuk mengenal pasti kehadiran elemen dalam sampel. Spektrum atom terdiri daripada garisan gelap atau terang yang terletak pada panjang gelombang yang berbeza. 


Spektrum atom terbahagi kepada dua jenis iaitu spektrum garisan dan spektrum jalur. Spektrum garisan terdiri daripada garisan-garisan gelap pada latar belakang yang terang, manakala spektrum jalur terdiri daripada jalur-jalur terang pada latar belakang yang gelap. 


Spektrum atom boleh dihasilkan melalui beberapa kaedah seperti spektroskopi, spektrometri, dan spektrofotometri. Kaedah ini melibatkan pengukuran intensiti dan panjang gelombang garisan atau jalur dalam spektrum atom. 


Corak spektrum atom berguna dalam mengenal pasti kehadiran elemen dalam sampel. Spektrum atom boleh digunakan dalam pelbagai aplikasi seperti dalam analisis kimia, astronomi, dan pengurusan sumber air. Misalnya, dalam analisis kimia, spektrum atom digunakan untuk mengenal pasti kehadiran elemen dalam sampel seperti logam berat atau bahan kimia beracun. 


Kesimpulannya, spektrum atom adalah corak garisan atau jalur yang dihasilkan apabila sinar elektromagnetik dilewatkan melalui atom. Corak spektrum atom adalah unik bagi setiap elemen dan boleh digunakan untuk mengenal pasti kehadiran elemen dalam sampel. Spektrum atom boleh dihasilkan melalui kaedah spektroskopi, spektrometri, dan spektrofotometri.

Saturday, July 30, 2022

SALAM MAAL HIJRAH 1444H/2022 - AWAL MUHARAM

 SALAM MAAL HIJRAH 1444H/2022 - AWAL MUHARAM | 1 Muharram 1444H (Awal Muharram) akan jatuh pada tarikh 30 Julai 2022 iaitu Hari Sabtu.

 

Ianya adalah merupakan tarikh cuti umum buat rakyat Malaysia.  Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

 

Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.

 

Dan tema untuk Maal Hijrah tahun 1444H adalah 'Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti'.. 

 

Berdasarkan kalendar Islam, pertukaran tarikh hijri (hijrah) bermula selepas masuknya waktu Maghrib

 




 Semoga kita semua berhijrah ke arah kebaikan, penuh keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dan Nabi junjungan kita Rasulullah S.A.W. Juga kecintaan kita kepada Allah SWT Dan Rasulullah SAW agar dapat di perkukuhkan.

 

Untuk itu, mari kita pastikan diri kita tidak terlepas daripada melakukan hijrah. Marilah kita berazam dan berusaha meninggalkan segala perbuatan yang dilarang oleh Allah serta melazimi perkara yang disuruh oleh Islam.

 

Thursday, July 21, 2022

BUKU TEKS FIZIK KSSM TINGKATAN 5

 


BUKU TEKS FIZIK KSSM TINGKATAN 5
Untuk rujukan anak anak pelajar di harap dapat membantu




BUKU TEKS FIZIK KSSM TINGKATAN 4

BUKU TEKS FIZIK KSSM TINGKATAN 4
Untuk rujukan anak anak pelajar di harap dapat membantu

Sunday, July 10, 2022

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 2020



 



Saturday, July 9, 2022

SIAPA CIKGU AZLINA







 

Friday, July 8, 2022

APA ITU FIZIK

Fizik ialah satu cabang sains yang menkaji fenomena-fenomena alam di sekeliling kita. Fenomena alam ialah kejadian semulajadi yang dapat diperhatikan melalui pelbagai deria manusia. Contoh fenomena alam ialah panjang bayang-bayang berubah dari pagi hingga petang, pelangi mempunyai tujuh warna, melihat kilat terlebih dahulu sebelum guruh, gerhana matahari dan bulan dan sebagainya. Semua ini dapat diterangkan dengan ilmu fizik.

Fizik merupakan kajian tentang struktur dan sifat benda yang amat besar seperti bintang di cakerawala dan benda yang amat seni seperti elektron dan proton dalam atom dan molekul.


Fizik juga banyak mempengaruhi kehidupan harian kita. Sistem komunikasi yang canggih telah membolehkan kita berhubung antara satu sama lain pada bila-bila masa di mana-mana tempat. Pelbagai jenis tenaga juga membolehkan banyak fenomena dan aktiviti kehidupan harian dilaksanakan.


Perkataan fizik berasalkan daripada perkataan Yunani “Physikos” yang bermakna alam semesta. Segala penerokaan dan pemerhatian tentang fenomena alam semulajadi yang merupakan ciptaan Tuhan adalah termasuk dalam skop kajian fizik. Penyelidikan tentang fenomena fenomena alam telah mendorong manusia mencipta pelbagai bahan dan alat yang baru untuk meningkatkan keselesaan kehidupan manusia. Misalnya ciptaan komputer, telefon bimbit, televisyen telah banyak mempengaruhi kehidupan manusia.


Kehidupan harian yang berkaitan dengan fenomena fizik adalah seperti seseorang sukar berjalan di atas lantai yang licin, telefon bimbit boleh berfungsi tanpa wayar, pembesar suara boleh mengeluarkan bunyi yang kuat, manusia akan terpelanting ke hadapan apabila basikal yang ditunggangnya terlanggar halangan.


Pada asasnya, fizik merupakan kajian untuk mencari jawapan kepada persoalan-persoalan ‘mengapa’ dan ‘bagaimana’ tentang fenomena alam dan kejadian kehidupan harian. Kebanyakkan fenomena alam dan kejadian kehidupan harian dapat diterangkan dengan konsep fizik